Wednesday, December 22, 2010

Asas Forex

APA ITU PIP

PIP ada bermakna point. Istilah PIP ini seringkali digunapakai oleh trader semasa berurusniaga. Bagaimana pip atau point ini dikira atau ditentukan. Katakan kamu berurusniaga pada matawang GBP/USD pada bukaan harga 1.8750 dan berlaku kenaikan sehingga harga terakhir 1.8800. Ini bermakna pair matawang GBP/USD itu tadi telah naik sebanyak 50 points atau pip.


APA ITU LEVERAGE

Leverage adalah membawa maksud “margin jaminan”. Sebagai contoh sekiranya kamu mempunyai modal permulaan di dalam pasaran forex atau saham sebanyak 100usd. Maka sekiranya satu leverage dikenakan adalah 1:100 itu bermakna kamu diberi hak oleh sesuatu platform forex untuk melakukan pembelian 100 x ganda lebih besar dari dana atau modal yang kamu miliki. Ini bermakna dengan nilaian modal 100usd kamu boleh diberikan dana untuk membeli matawang bernilai 10,000usd. Secara tidak langsung dengan modal pelaburan yang terbatas ini kamu boleh melalukan transaksi pada volume dagangan yang lebih besar.

Setiap platform forex menawarkan leveragenya yang tersendiri. Dalam hal ini leverage yang lebih besar boleh memberikan keuntungan atau kerugian yang lebih besar. Begitu juga sebaliknya dengan menawarkan leverage yang kecil maka kerugian dan keuntungan adalah pada nilaian yang lebih kecil. Di sini saya tunjukkan kepada kamu contoh

leverage:-

Leverage 1:100
Modal 100usd
Pelaburan dibenarkan 100usd x 100 = 10,000usd


APA ITU CONTRACT SIZE

“Contract size” adalah merupakan faktor pengali dalam perhitungan profit dan loss. Nilainya telah ditetapkan oleh sesebuah negara itu sendiri iaitu pada nialaian 10,000.


APA ITU LOT

Lotmerupakan satu kontrak pada setiap transaksi yang ingin kamu lakukan. sekiranya saya hendak melakukan transaksi pada sesuatu matawang terhadap matawang yang lain, misalnya membeli (buy) EURO terhadap USD maka nilaian satu bukaan transaksi dinyatakan dalam bentuk lot. Setiap platform forex mempunyai nilai penggiraan lot yang berbeza. Ada nilaian bukaan lotnya besar dan ada yang kecil. Bagaimana hendak menggira keuntungan akau kerugian dari satu nilaian lot yang telah diniagakan. Sebagai
contoh saya terangkan di bawah:-

Penggiraan keuntungan:

Katakan saya melakukan urusniaga pada matawang EUR/USD,

Nilai BUY pada harga 1.2000
Leverage 1:100
Contract size, 10,000
Lot yang dibuka bernilai 100usd
Harga tutup transaksi pada price 1.2050
Penggiraannya untung adalah seperti berikut:

Jumlah untung = (1.2050 – 1.2000) x 100usd x 100 leverage
                                          10,000 (contract size)
                      = 50 x 10,000
                             10,000
                      = 50usd keuntungan

Penggiraan kerugian:

Katakan saya melakukan urusniaga pada matawang EUR/USD,
Nilai SELL pada harga 1.2050
Leverage 1:100
Contract size, 10,000
Lot yang dibuka bernilai 100usd
Harga tutup transaksi pada price 1.2100
Penggiraannya untung adalah seperti berikut:

Jumlah kerugian = (1.2050 – 1.2100) x 100usd x 100 leverage
                                          10,000 (contract size)
                         = -50 x 10,000
                                 10,000
                         = -50usd kerugian

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...