Tuesday, December 28, 2010

Sejarah Insta

Projek InstaForex mula dibina pada tahun 2007 oleh InstaForex Companies Group, merupakan salah satu broker yang wujud dalam pasaran Forex. Berdasarkan pendaftaran syarikat, ia telah mengikat satu perjanjian dengan pemaju perisian dagangan utama iaitu- MetaQuotes Software Company. Sepanjang beberapa bulan pertama, beberapa kontrak telah ditandatangani dengan kontraktor-kontraktor barat terkenal yang memberi akses untuk pasaran wang. Bagi menyediakan pelanggan-pelanggan dengan maklumat yang berkualiti dan cekap, perjanjian-perjanjian telah turut ditandatangani dengan syarikat-syarikat media utama yang mahir dalam pasaran-pasaran kewangan Amerika Syarikat seperti berita-berita Dow Jones.

Sepanjang tempoh bekerja, satu pasukan pakar telah dibentuk. Pasukan ini terdiri dari golongan profesional dalam perundingan kewangan, sokongan perundangan, termasuk operasinya. Ia berkembang secara berterusan, sehingga menarik pakar-pakar dari pelbagai bidang yang mempunyai hubungan dengan pembekal perkhidmatan dagangan atas talian.

Setelah sekian lama, syarat-syarat dan terma dagangan syarikat kami telah diolah dan diubahsuai seiring dengan tren pasaran khidmat pembrokeran yang terkini. InstaForex berhasrat untuk memenuhi kualiti piawaian terma-terma dagangan hari ini, disamping meningkatkan kualiti khidmat pelanggan.

Kini, InstaForex merupakan satu broker yang menyediakan akses untuk lapangan kewangan antarabangsa di seluruh dunia: bermula dengan Forex ECN (rangkaian komunikasi elektronik) bidaan pasaran wang dan termasuk produk-produk derivatif seperti CFD untuk NYSE, alat dagangan emas. Peniaga-peniaga kami memanfaatkan sepenuhnya pakej-pakej khidmat kewangan untuk mengagihkan sumber-sumber kewangan di pasaran-pasaran antarabangsa, yang melambangkan tahap pembangunan tinggi yang telah dicapai oleh syarikat setakat ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...