Thursday, February 17, 2011

VPS- Virtual Private Server

Mungkin ramai dikalangan pengguna hosting masih tertanya-tanya apa itu Virtual Private Server (VPS). Dan ada yang menggunakan shared hosting mungkin akan tersepit dengan Shared hosting yang mereka gunakan.

Tersepit disini bermaksud setiap Shared Hosting mempunyai had-had tertentu penggunaannya. Secara umumnya apabila kita menyebut ‘Shared Hosting’ ini bermaksud ‘Hosting perkongsian’. Dengan lebih detailnya bermaksud Shared Hosting ini merupakan pecahan akaun cPanel (Linux) dalam sebuah Dedicated Server.

Maknanya Shared hosting merupakan pecahan HDD Disk dalam sesebuah CPU Server, ia dibahagikan kepada beberapa Megabytes atau dalam kuota Gigabytes bergantung pada pakej Shared Hosting yang ditawarkan oleh penyelia hosting. Kerana setiap syarikat hosting menawarkan pakej Shared Hosting yang berbeza-beza kapasitinya.


Jadi apabila kita sudah menggunakan Shared Hosting sehingga mencapai sesuatu tahap tertentu, atau dikenali sebagai melebihi CPU Resource. Sudah tentu penyelia hosting anda akan mengsyorkan kepada anda pakej Virtual Private Server (VPS) mereka. Kebiasaan sebab perlunya perpindahan ini kerana Website anda tidak lagi mampu menggunakan Shared Hosting kerana ia menganggu perjalanan akaun Shared Hosting yang lain yang berada pada server yang sama.

Gangguan yang biasa dialami antaranya adalah, server menjadi kerap down, menjadi sangat perlahan dan sebagainya.

Baiklah, VPS ini mempunya banyak nama antara yang Virtual Dedicated Server (VDS). VPS ini merupakan pecahan kecil dalam sesebuah Dedicated Server dan biasa menggunakan control panel Virtuallzo (Linux). Melalui panel inilah VPS boleh dipecahkan didalam sebuah Dedicated Server tadi.

Perbezaan Shared Hosting dan VPS adalah Shared hosting hanya mempunyai satu control panel yang bernama cPanel. Manakala VPS mempunya kedua-duanya. Iaitu root panel untuk mengawal VPS itu sendiri dan cPanel untuk mengawal akaun hosting dalam VPS.

Melalui root tadi, kita mempunyai kuasa sepenuhnya pada server, anda boleh reboot (restart) server sendiri, install OS, install aplikasi seperti Ruby On Rail dan banyak lagi aplikasi tambahan yang lain.

5 Kebaikan menggunakan VPS

Secara amnya bagi pengguna yang baru berkecimpung dalam bidang web hosting, pelan shared hosting merupakan asas yang terbaik untuk anda bermula. Lama-kelamaan anda mula merasa ketagihan dan inginkan penguasaan penuh untuk laman web anda. VPS merupakan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda!

Akses ‘Full root’ – Anda merupakan boss anda. Anda boleh menginstall apa-apa software dan kuasa pengendalian penuh terhadap software tersebut. Apa jua customization dibenarkan dalam VPS asalkan bersesuaian dengan spesifikasi server.

Kurang downtime – Dari pengalaman pelanggan kami sendiri yang bertukar dari shared hosting ke VPS, mereka boleh mengetahui dan memantau status terkini server, restart atau menghentikan aplikasi dan banyak lagi. Keseluruhannya pelanggan kami berpuas hati setelah bertukar ke VPS. Sebab mengapa anda kurang downtime apabila berada di VPS kerana anda mempunyai pengedalian penuh di VPS dalam persekitaran pengasingan. Ini akan menghalang sebab-sebab downtime yang berlaku akibat penggunaan aplikasi lain atau pelanggan yang tidak ada kaitan dengan anda.

Boleh host laman web yang tiada had – Ini amat baik bukan? Anda diberikan peluang untuk menjadi reseller dan memulakan bisnes baru anda. Dengan lesen pengdalian control panel (Plesk/Cpanel Unlimited), anda dibenarkan menghos laman-laman web yang tiada hadnya. Tambahan pula, anda diberikan akses admin yang bermaksud anda boleh menentukan berapa banyak ruang, bandwidth, tambahan domain/sub-domain, akaun emel dan lain-lain untuk disetkan ke setiap client anda.

Dedicated Resouce – Menggunakan sepenuhnya RAM resource! Dengan VPS anda mempunyai resource RAM sendiri, tiada lagi berkongsi dengan user lain seperti persekitaran shared hosting!

Tahap keselamatan tinggi – Tidak seperti shared hosting, VPS hanya membenarkan anda seorang sahaja untuk mengakses VPS dan menukar login details jika perlu. Jesteru, ia akan meningkatkan tahap keselamatan data anda.

source: http://www.nikhanz.com/apa-itu-virtual-private-server-vps/4601

1 comment:

  1. eagle fx login Is The Number One Automated Technical Analysis Tool Worldwide. It Is Used By More Than 90,000 Active Traders In Over 100 Countries, As Well As Professional Hedge Funds, And Investment Firms.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...