Showing posts with label Indicator. Show all posts
Showing posts with label Indicator. Show all posts

Tuesday, November 23, 2010

Teori Pivot Point

Antara teori yg sangat popular dikalangan para trader ialah teknik Pivot Point (PP). Teknik ini adlh sgt popular digunakan sebagai support dan resistance, untk menentukan tahap tertinggi atau terendah sesuatu pergerakan market. Kebiasaannya PP akan datang bersama R1,R2,R3 dan S1,S2,S3. Terdapat berbagai2 pengiraan PP ini, namun secara asasnya pengiraan PP ialah;

PP = (H + L + C)/3
Resistance 1 =(PPx2)-L
Resistance 2 =PP+H-L
Resistance 3 = High + 2*(Pivot - Low)
Support 1 =(PPx2)-H
Support 2 =PP-H+L
Support 3 = Low - 2*(High - Pivot)





Cth penggunaan Pivot Point.
Anda tidak perlu utk menghafal semua formula ini kerana sememangnya terdpt byk indikator yg membuat pengiraan ini secara automatik.

Teori Elliott Wave

 

Elliott wave ialah satu teori yg mana menunjukkan tentang kitaran sesuatu wave itu sendiri. Teori EW menyatakan bahawa setiap gelombang itu mempunyai kitaranya sendiri yg dibahagikan kepada 2, dipanggil; Impulse wave dan Corrective wave. Impulse wave dibahagikan kepada 5 bahagian, 1-2-3-4-5 manakala corrective wave pula dibahagikan kepada 3 a-b-c.



Antara syarat2 utama untuk menggunakan teknik ini ialah trader mestilah mempunyai pemahaman yg sgt mendalam ttg pergerakan wave itu sendiri. Syarat penggunaan yg biasa ialah;
 
  • - Wave 2 akan turun tidak lebih dari permulaan wave 1.

  • - Wave 3 akan naik melebihi puncak wave 1.

  • - Wave 4 akan turun tidak melebihi puncak wave 1.

  • - Wave 4 akan naik melebihi puncak wave 3.

  • - Wave B akan naik tidak melebihi puncak wave 5.

  • - Wave C akan turun melebihi bawah wave A.


  • Walaupun secara asasnya teori ini sgt mudah utk digunakan ttp secara praktikal menunjukkan bahawa ianya sgt sukar utk dijangka. Terdpt berbagai2 jenis gelombang yg akan mengelirukan walaupun utk trader yg berpengalaman. Terdpt juga keadaan dimana ianya dipanggil wave within wave (gelombang didalam gelombang). Anda boleh melihat cth2 Elliott wave di website ini.

    Teori Fibonacci

    Secara asasnya Fibo mula2 dicipta oleh seorang ahli matematik bernama Leonardo Fibonacci maka sistem pengiraan matematik ini dinamakan sempena nama beliau. Fibo ialah satu set pengiraan matematik yg berasaskan nisbah : 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55, 89.. dan seterusnya.
    Secara amnya pengiraan fibo ialah 1+1=2, 2+1=3, 3+2=5 dan seterusnya. Ok jika dibahagikan nombor yg berturut2, 55/89 = 0.618, dan jika dibahagi 2 nombor yg berselang, 21/55 = 0.382.
    Tamat mengenai teori matematik, mengapakah fibo penting kpd market? jika setiap benda didunia ini dipengaruhi oleh fibo spt bangunan, pokok, piramid dsb, maka market juga terpengaruh oleh syarat2 fibo. Namun beberapa nombor sahaja yg dipraktikkan oleh trader;

    Fibonacci Retracement Levels
    0.236, 0.382, 0.500, 0.618, 0.764
    Fibonacci Extension Levels
    0, 0.382, 0.618, 1.000, 1.382, 1.618
    Antara paras2 yg terpenting ialah 61.8%(0.618) dan 38.2%(0.382)






    Penggunaan fibo lebih kepada support dan resistance. Yg mana trader akan menjangkakan diamanakah market akan berhenti, dimanakah market akan bertukar arah dsb. Anda boleh mendalami penggunaan fibo dia website http://www.babypips.com/

    Apa itu Oscillator

    Oscillator juga adalah seperti indicator malah ada indicator itu sendiri ialah satu set oscillator. Seperti definasi di bawah, Oscillator ialah satu alat yg digabungkan dan dibina hasil dari keputusan indicator, bertujuan utk mengetahui tentang OB(overbought) dan OS(oversold). YG mana market yg sudah pada paras tertinggi ialah OB dan yg terendah ialah OS.

    "A technical analysis tool that is banded between two extreme values and built with the results from a trend indicator for discovering short-term overbought or oversold conditions. As the value of the oscillator approaches the upper extreme value the asset is deemed to be overbought, and as it approaches the lower extreme it is deemed to be oversold. The most common oscillators are: the Stochastic oscillator, RSI, ROC and MFI."

    Apa itu Indicator

    Indicator ialah satu set pengiraan matematik berdasarkan kepada harga pasaran. "In the context of technical analysis, an indicator is a mathematical calculation based on a securities price and/or volume. The result is used to predict future prices". Penggunaan indicator adalah sgt meluas dikalangan TA trader utk menentukan pergerakan pasaran seterusnya.

    Antara indicator yg biasa digunakan ialah Moving Average Convergence-Divergence (MACD) dan Relative Strength Index (RSI).

    Cara Memasukkan Indicator ke dalam Terminal MT4 anda



  • Tutup semua program meta4




  • Pergi ke folder C:\Program Files\InterbankFX trader4\experts\indicators (sekiranya anda menggunakan meta4 platform dari broker InterbankFX)




  • Copy/masukkan indicator anda disini.





  • Mulakan semula program meta4 anda.





  • Pergi ke insert>indicators>custom dan klik ke program yg baru anda masukkan.





  • Siap. Anda akan lihat indikator tsb terpapar di ruangan utama program anda.






  • Setelah anda memasukkan indikator anda atau menggunakan indikator yg asal dari MT4, maka indikator inilah yg menjadi teras utama pertimbangan anda dlm menentukan samada ada akan membeli (buy) ataupun menjual (sell) mana2 pair pilihan anda. Konsep utama yg digunakan didalam penggunaan indi ialah;
    A. OB dan OS
    B. Trend bersilang

    A. OB dan OS

    Kita ambil contoh penggunaan Stoch


    Bulatan merah ialah menunjukkan keadaan OS manakala bulatan biru pula menunjukkan keadaan OB. Apabila keadaan garis berada di bawah bacaan 20, maka ianya dikenali sebagai OS dan apabila garis berada di atas bacaan 80 maka ianya berada di dalam keadaan OB. Kedua2 keadaan ini sgt penting untuk menentukan pergerakan berubah pada satu2 market (reversal pattern).

    B. Trend bersilang
    Pada rajah yg sama juga kita lihat pada bulatan merah dan biru. apabila garis itu sudah OB/OS kedua2 garis hijau dan merah mula bersilang. Maka ini menunjukkkan keadaan yg mana reversal bakal akan berlaku. Jadi disinilah keputusan untuk menjual atau membeli mula dibuat.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...